Monday, December 29, 2008

SALAM MAAL HIJRAH

Salam Maal Hijrah 1430..

'4 hakikat iman:
  • igt kebaikan org pd kite
  • igt kesalahan kite pd org
  • lupekan kebaikan kite pd org
  • lupakan keburukan org pd kite..'

Hijrah berasal daripada kalimah Arab yang memberi makna berpindah dari satu daerah ke satu daerah lain. Hijrah boleh ditafsirkan sebagai satu perubahan lokasi secara zahir dari titik A menuju ke titik B. ia juga boleh menjelaskan perpindahan bersifat kejiwaan, rohani atau apa-apa jua situasi yang lebih abstrak daripada itu. Apa yang penting, unsur yang perlu ada dalam amalan berhijrah ialah berlakunya perubahan kedudukan berbanding dengan tempat atau keadaannya yang asal sama ada secara ruhi ataupun jasadi. Bagi masyarakat kita, perkataan hijrah telah sebati dan diterima pakai dengan pengertian yang mendalam oleh segenap lapisan masyarakat... petikan dr http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=490

Friday, December 26, 2008

activity di opis pabila tiada keje..

erm.. ni la aktiviti2 yg slalu ak wat kt ofis time xde keje + bos xde slain men ym, fs, myspace, n gtalk.. ape lg klu bkn sesi photoshoot.. hikz!! tgk saje la rakan ofismate aku.. sume 1 kepla.. best sgt diorang nie.. haha.. enjoy the pics!!

pakaian seragam keje!! haha..(padahal kebetulan weolz pki kaler almost same)

Aktiviti gila2 ak n kawan2 ofis!!


Jom curi ini barang! haha

ape yer korang buat kat ofis if xde keje?????

Thursday, December 25, 2008

weekend yg agak penat tp menyeronokkan!!

hi..
mule kan hari anda dgn senyuman..hikz!..

ntah skang cam xde mood jek nk berblog.. tiada cerita menarik kot + xde idea..

last week, my eldest bro with his family caming to kl.. waaaaa.. saje jek dtg time ak tgh pokai.. nk shoping katenyer.. lantak la.. die byk duit.. huhu.. ak n my sis terpakse la teman wlupun kami kekuragan wang saku..
on sabtu, we went to sogo.. sales gile babeng.. ermmmmmm geramnyer ngan brg2 kat situ.. tp telan air liur jek la.. huhu.. dan yg penting parking kat sogo full!.. cam cilak jek.. da la q pnjg.. hmpir sejam.. TAATTTTTTT.. ak x beli paper.. just g men game kat atas skali ngan ank buah ak.. huhu..
then ptgnyer, i just hang out with x-cosmate.. srunuk sgt2 + tringat zaman mude2 dulu.. hikz!!.. bak kate melin, DIVAS DAY OUT, tp ade yg tak bp diva pun join jgk.. so xjd la plan yg kununnye title perjlnan kami 'divas day out'.. wakaka.. actually lg ramai lg best.. hikz!!

pnt lepak2 + borak2 + bercanda ria di tasik titiwangsa ntuk celeb burfday gurl, wani.. hepi burfday dear!! (sowi xde adiah..), we just have ur dinner at nasi lmk bunge raye.. dan yg penting, kelly blink2 lead the way yer.. hikz!! wlupun byk kali u-turn, tp akhirnyer smpi ke destinasi.. then g jejln ke bkt bintang yg sgt sesak.. mencih!!! penat duk dlm kelly blink2, just lepaking at mamak near to melin's house.. waaaaa penat2..

blik da agak lmbt.. then pg ahad kene bgn pg.. anak2 buah ku nk g time square.. hah.. moh le.. srunuk jgk.. actually my first time g cosmo's park tuh.. bermcm jenis permainan ade.. best naik roller coster, spinning orbit n 1 lg ak lupe name die.. hah! name yg ak lupe tu la yg paling cuak aku rs die punye game.. crash car pling best.. siap main smpi dua kali lg.. haha..

erm.. xtau da nk tulis ape.. so.. enjoy da piccas!!


Thursday, December 18, 2008

pengakhiran tahun yg menyiksakan..

adushhhhhhhh.. lmbtnyer mase brlalu. skang br 18 hb.. erm.. duit da kering nie.. aiyoo.. erm.. slh ak jg.. xreti nk budget.. da pokai ditgh bulan..
skang tempoh berjimat cermat.. dlm tempoh ini juga 1 per satu mende yg dtg.. abg long dr phg dtg plak.. for sure die mintak sponsor mkn mlm nie.. adush.. last nite da g mkn kat gulam mee at sec6 kota damansara.. erm sedap mknan disitu.. diorg specialise in mee la.. any kind of mee mmg sedap.. my beloved sis yg open table..

so tonite is my turn.. waaaaaaa.. kat mane erk nk bwk diorg.. erm.. igt nk g pak li kopitiam area sunway damansara jek.. dkt + simple + bley thn harganye.. hikz!!

erm.. camane erk nk wat budget ntuk sbulan.. duit ak mesti tak cukup.. tp act br 2 bln nie sengkek.. sbb my kelly blink2 la neh.. dulu ms veegoz duit sentiasa cukup.. siap bley simpan lg.. kelly blink2 kuat mkn.. pastu nk letak die pun kene byr rm 5.00 perday.. maut2.. bygkan la if 22 hari berkerja.. tol lg..

igt next week ak nk bw veegoz jek la.. tp veegoz skang my fren pjm.. arap2 die x gune next week.. bley budget sket.. tp if kene g site xbley g ngan veegoz vroom vroom.. kene g ngan kelly blink2.. tgk la nati..

esok cuti..
yeay!!

planning for this weekend:
  • g sogo ngan abg long sefamily
  • kuar n my bestest frens in set, utm(window shopin, muvie kot)
  • berhibur di mlm hari..(depend if ade mood)
  • may b g ikea ngan abg long..
  • cleaning day for sunday.. hihi
erm.. planning jek lebih.. tp xsemestinye jd.. wakaka

Sunday, December 14, 2008

XtVt di kala busan + mengarut!..

Hi.. lame sudah x menghupdate blog.. lgpun tiada cerita2 menarik yg nk di share.. erm.. dikala kebusanan menjelma, maka otak pun memainkan peranan ntuk m'hilangkan kebusanan yg ade.. jd piccas berikut merupakan xtvt tanpa dirancang.. amek gambar.. kejadian sebenarnye berlaku lame da.. suatu ketika dahulu dimana tarikhnye ku lupa dan pd jam 3 pg bertempat di rumah sewa kwn baikku.. dan dgn rasmi my kwn baik itu juga la merangkap photographer ak menggunakan K810i..

erm.. ame agak lame sesi photografi berlangsung tp sbenarnye hasilnya kurang memuaskan disebabkan pengcahayaan tdk mencukupi disini yer..


Ku sedang merenung mase depan yg masih kabur.. tersenyum dgn diri sendiri kerana tiada hala tuju yg tepat.. kekuatan hati perlu untuk menepuh hari2 yg mendatang.. Tp ak mengerti bahawa semestinya ade sinar nutukku suatu hari nati..














memikirkan mase yg berlalu begitu sahaje.. spt hari ini.. tiada perubahan yg berlaku.. stay the same.. Allah, please guide me..

















Biarpun ku di uji dgn seribu rintangan, namun ak msih mampu tersenyum. senyum kembali senyum..

















erm.. kite perlu berusaha sendiri untuk ntuk mencapai suatu impian ataupun ape yg kite mahu.. cthnyer amek pic sendiri sebabnyer photographer tgh mandi.. wakaka
















bersandar! 'relax la.. ade lg mase'.. adakah statement tersebut bagus atau tidak.. sbenarnyer bley jd bagus kerana mengajar kite supaya tidak gelabah ataupun kelam kabut dalam melakukan sesuatu.. tp ade juge buruknyer.. kdg2 membuat kite menangguh kerja.. so?. bagus ke tak??













Akhirnyer tersenyum kerana kebusan telah pun diubati.. haaaaaaaaaaaa.. selesai 1 perkara.. tp dlm kpala aku terfikir ape yg korang wat erk if berada dlm keadaan kebusanan????????

Wednesday, December 10, 2008

RAHSIA BULAN KELAHIRAN

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

'agak tepat dgn diri ku.. bagaimana ngan anda??.. huhu.. tgk2 la sendiri..'

Monday, December 8, 2008

Hari Raya Qurban..

..SELAMAT HARI RAYA QURBAN..
8 Dec 2008..
hari raya aidiladha ataupun juga dikenali hari raya Qurban.. Apakah yg di maksudkan dgn kurban.. adakah sekadar menyembelih seekor kerbau, atupun menunbangkan seekor lembu.. sebenarnya kurban memberi pengertian yg lebih dr itu..ianye perlu dilakukan dgn ikhlas dan juga tanpa riak.. Jd pg pg hari raye tersebut, ak pun bgn dgn awalnyer ntuk berjemaah menunaikan solat sunat aidiladha.. selepas solat, ak mendengar khutbah yg di smpikan oleh Aki Din(femes tuh kat kg aku).. erm.. pjg lebar jgk la khutbah yg disampaikan oleh Aki Din dan yg penting dlm bhs pahang yer.. khusyuk ak mendengar.. n, baru ak tau.. setiap titik darah yg keluar dr tubuh binatang yg di sembelih menghapuskan dosa2 kite.. dgn syarat wang yg kite perolehi untuk wat kurban mestila dr sumber yg halal, ikhlas dan tiada riak beserta tiada takbur.. erm, besar pahala tuh.. So, ape lagi jom le berkorban.. tp sebenarnye byk lg cara kite nk berkorban ni.. trserah pada individu.. sebaik2nye adalah pengorbanan itu mesti ikhlas dan niat mesti la betul.. kan kan!! hari hujan tanpa henti seolah2 menggambar perasaan ak ketika itu.. sunyi terkenang ayahbonda yg tiada lg.. yg ade cume my siblings n anak2 buah.. x sempat nk feeling sedeh lebih2.. my frens calling me n ajak g braye.. dr kul 12 till kul 2.30 jgk g jejln umah member2.. aaaaaaaaa. penat g braye.. akhirnye smpi kat umah ak just tito.. ye la kan.. ptg kang nk drive lg.. kali ni ak n my beloved sis jek.. hanye kami berdua.. ak gerak kul 6.30ptg n smpi kl dlm kul 9.30mlm.. lame gak.. tp duk singgah g toilet la.. beli sweet corn la.. dan hari, menci.. kene smbung keje.. penat smlm x habis lg.. tp one day b4 raye, ak g umah abg long.. agak cantik gak umah die.. deco yg die minati.. simple but nice.. ada la sket piccas..


kak sunana n afif yg br dikhatankan.. ahakz!!

Kak Sunana busyuk tgh posing!! Luv u.. muax!

kak Teh n hariz( ak kasi name tau)

ak di sudut itu.. huhu

Festival zapin 2008







Hi..
Last week on slase n rabu berlangsung la festival zapin 2008 yg diadakan di UPM serdang.. maka dgn itu, aku beserta teman2 yg lain turut hadir untuk menyaksikan festival tersebut.. seperti biasa antara yg pegi ngan aku adalah tak lain tak bukan ialah asbul dan juga boy.. tp ditambah lg ngan dura..

yg penting da g sane sesat yer.. boy la pandai2.. kononnye tau jln ke sane.. siot tol..
but nvrmind coz yg penting weolz smpi ke destinasi b4 majlis bermula.. erm.. srunok jumpe kwn2 utm dulu.. plus kwn2 yg dr u lain.. senoir2.. super2 senior.. hikz!! ala2 reunion kecil2 lan.. hikz!!..

congrate to UPM coz uolz johan mlm tuh.. mmg layak pun.. 2nd is UM and 3rd is UKM.. nmpknyer pelajar yg belajar di kotaraya mmg pandai berzapin yer.. newayz congrate jgk wat UTM coz dpt anugerah tatarias terbaik.. cayala!! next time cube lg yer..

ade la skit picas tp xbyk.. coz byk piccas ade kt boy.. ni gune hp aku jek.. huhu..

Wednesday, December 3, 2008

TaK mUnGkin MeLEpaSkaN MU..

Mengartikan dirimu di dalam hatiku

Betapa kusesali adanya dirimu

Haruskah ku bertahan demi cinta ini

Yang tak mungkin



Andaikan saja ada keteduhan hati

'Tuk membuka kembali jalan cinta ini

Biarkan ku menanti semua janji kita

Sampai batas waktu mengakhiri



Dan tak mungkin untuk kita bersama

Di atas perbedaan yang s'lamanya mengingkari

Dan tak mungkin bila ku melepasmu

Sungguh hati tak mampu mengertilah cintaku (percayalah cintaku)

Dan tak mungkin (apa mungkin)



Semestinya tak ada yang memisahkan

Cinta ini kar'na hanya dirimu satu cintaku


'sesungguhnya terima kasih cinta kerana aku dpt menikmati dan sekurang-kurangnya merasai apa itu cinta. cinta dan di cintai perkara yg berbeza tp sama.. biarpun sementara tp ianya menjadi suatu kengan terindah dlm diari hidupku..
TERIMA KASIH CINTA KERANA 'DIA'

jimat sales!

waa.. jualan jimat telah pun bermula.. so to all kaki shoping ni la masa nyer ntuk dapatkan brgan yg anda inginkan..hikz!!..

tp adakah kita terpikir wlupun dgn adenye jualan jimat adakah kite masih berjimat?..

Apakah maksud JIMAT?.. setahu ak JIMAT bermaksud tidak membazir ataupun tidak boros.. maka dgn ringkasnye maksud dari jualan jimat adalah jualan tidak membazir.. bley plak ak memberi definisi sendiri yer!!..

Tp sebenarnye ak juge slh sorg dr mereka yg suke membeli belah nie.. huhu.. apakan daya, bile kite nampak suatu brg yg diingini dgn harga yg agak murah berbanding biasa mule la nafsu membeli melonjak dgn drastiknye..hihi.. apelg cepat2 la membeli kan..

apa2 pun, we as a users sepatutnye pandai meng'control' diri kite spy jualan jimat not turn to jualan bazir.. beli yg perlu dan yg penting biarpun murah tp harusla berkualiti.. ok?..


ape2 aje la aku nie..

SELAMAT BER'SHOPING' yer kpd semua.. haha..

babai..daaaaaa

Monday, December 1, 2008

Jln2 cari makan.

boy, alimi, and aku.. dulu, kini dan selameyer!!

alimi, ak,aqie n boy!! x-mrsm kuantan
posing dibawah pohon asmara.. ahakz!!
hi,
kali ini jln2 cari makan membawa anda ke lokasi sterusnye iaitu di seremban.. sebenarnye ni bkn rancangan jln2 cr nahas tp m'hadiri wedding kwn ak di seremban.. congarate to faizal ali and diana ghazale.. both of them r my schoolmate.. sweet kan bercintan cintun since zmn skulah.. semoga berbahagia yer..

make ak, boy, alimi, and aqie pun tlh merancang ntuk ke kenduri.. spt yg di sangka ramai juge la x-mrsm kuantan yg hadir.. ape lg.. berborak sakan la.. huhu.. menu yg sedap n yg penting siap bley order abc lg..huhu..

erm yg sedeynyer xde pun koleksi pic pengantin yg weolz amik.. sumer ade kt kwn2 yg lain..

selesai menunaikan jemputan perkahwinan, kami pun bergerak pulang.. dgn spontannyer terpacul la cdgan ntuk ke PD.. erm.. ape lg.. ngan diorang nie semua mende pun jd.. huhu..

so, weolz pun bergerak la ke pd.. yg xbestnyer kitorg tersesat.. aiyo.. masing2 buat tau camane nk g pd.. padahal jenuh mencari jln ke pd.. siot tol..ermm.. sempat jugak weolz posing kat tepi laut yg da agak tercemar itu.. tp the view still cantik lg.. bile nk g pd lg erk ngan kwn yg lebih ramai.. lame da tak bercuti nie..hikz!!

JOM KWN2!!

kekasih gelapku..

Ku mencintaimu lebih dari apa pun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku

Kutahu kutakkan slalu ada untukmu
Disaat engkau merindukan diriku
Kutahu kutakkan bisa memberikanmu waktu
Yang panjang dalam hidupku

Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang kucari selama ini
Dalam hidupku
Dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku

Ku mencintaimu lebih dari apa pun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku


'menjadi diriku ukan semudah yg di sangka.. memendam perasaan, n sampai bile hati tertanyer2..

mencari jawapan yg pasti..

ak tau hakikat..

tp ak masih menafikan..

ape pun.

LUV U SO MUCH.. so so much..